MENU

Lesen Permit Perniagaan

Borang Komposit boleh didapati di Bahagian Pelesenan, Majlis Daerah Pekan. Permohonan perlu disertai dengan :-

  • Salinan Memorandum dan perkara Persatuan bagi syarikat dan Borang 49 mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965, atau Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan Borang D (Pengakuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran 1956.
  • Salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang bersangkutan dengan penyewaan tanah dan bangunan.
  • Salinan Geran Tanah atau Lesen Menduduki Sementara.
  • Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan yang disahkan (CFO) jika bangunan baru.
  • Salinan permit bangunan yang diluluskan oleh Majlis Daerah Pekan, jika bangunan sementara.
  • Satu salinan pelan lokasi premis perniagaan.
  • Satu salinan kad pengenalan / pasport
  • Gambar premis perniagaan berukuran 3R (Gambar di bahagian luar depan premis).
  • Dua keping gambar berwarna pemohon berukuran pasport.
  • Bayaran memproses permohonan RM 10.00

Lesen Penjaja / Permit Sementara / Iklan

  • Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Pekan dengan disertai dengan gambar pemohon berukuran pasport.
  • Melengkapkan borang tersebut dengan menyatakan pelan lokasi serta gambar cadangan tapak perniagaan.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 2 Oktober 2023 - 9:49am