MENU

 

 PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN PEKAN

 

1

Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila aduan dibuat tentang perkhidmatan kami.

2

Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kawasan Majlis Perbandaran Pekan.

3

Memastikan semua aktiviti pembangunan adalah terkawal dan mengikut perancangan yang digariskan.

4

Menguruskan kewangan dengan telus, cekap dan amanah.

5

Menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan saksama.

6

Memastikan harta-harta dinilai dengan cekap dan berkesan.

7

Memastikan penyelenggaraan pokok-pokok teduhan dan penyelenggaraan landskap di bawah seliaan majlis dilaksana.

8

Semua permohonan lesen tidak berisiko diproses dan diluluskan dalam tempoh 24 jam dan lesen berisiko diluluskan dalam tempoh 30 hari.

9

Memastikan semua premis makanan yang dilesenkan diperiksa dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Pekan.

10

Menerima, menyiasat dan memberi maklumbalas ke atas aduan berkaitan perkhidmatan perbandaran di dalam tempoh 3 hari.

11

Memastikan semua permohonan penyewaan gerai / bangunan Majlis Perbandaran diproses mengikut keperluan MS ISO 9001:2015 yang telah didokumenkan.

12

Memastikan persiapan sewaan dewan dan kemudahan sukan dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.

13

Menyelaras aktiviti kemasyarakatan dan komuniti mengikut Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP)

14

Memastikan kursus kakitangan mematuhi 5 hari setahun.

15

Memastikan urusan pelantikan kakitangan tetap dalam tempoh 3 bulan selepas jawatan dikosongkan.

16

Memastikan ketersediaan kemudahan prasarana ict berfungsi dengan baik, setiap aduan pengoperasian dan maklumbalas pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 8 jam sehari selepas aduan diterima dan ketersediaan capaian interaktif dan pengemaskinian laman web dalam tempoh 24 jam.

17

Memastikan audit dalam dilaksanakan bagi memantau kerja dan prosedur dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 1 Disember 2023 - 5:27pm