PENGENALAN
Bahagian Teknologi maklumat berperanan untuk menyokong semua bahagian dalam aspek pengkomputeran untuk membolehkan bahagian / unit tersebut memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.
DASAR
- Melaksanakan dasar pembangunan sistem aplikasi bagi menggantikan sistem kerja secara manual.
- Memastikan sistem aplikasi berjalan dengan baik mengikut keperluan semasa dan kehendak pengguna.
- Memastikan kesemua perkakasan dan perisian komputer berada di dalam keadaan baik dengan melaksanakan penyelenggaraan berkala.
- Menyediakan latihan kemahiran dan kefahaman penggunaan komputer kepada semua peringkat kakitangan.
MATLAMAT
- Mengkomputerasi, menyelenggara, memproses dan menyimpan semua rekod-rekod Majlis Daerah Pekan.
- Mengeluarkan bil-bil cukai, sewa dan lesen dan lain-lain tuntutan berkomputer.
- Mengadakan kursus kefahaman dan penggunaan komputer kepada kakitangan Majlis Daerah Pekan.
FUNGSI UNIT
- Pengurusan perkakasan, perisian dan kelengkapan komputer.
- Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
- Pengurusan sistem rangkaian komputer.
- Membantu dalam menguruskan makmal komputer.
- Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna berkaitan dengan ICT.
- Menguruskan perkakasan, perisian dan kelengkapan komputer di jabatan.
- Melaksanakan pembangunan dan penyelengaraan komputer dan perkakasan.
- Memantau dan menyelenggara semua sistem yang digunakan di jabatan.
- Memantau dan mengemaskini laman web.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyedia dan menyelenggara sistem aplikasi komputer yang dipersetujui bersama dalam tempoh yang ditentukan mengikut kaedah dan piawaian yang bersesuaian dalam tempoh yang tertentu.
- Memberi maklumbalas ke atas semua permintaan bagi pembangunan sistem dalam tempoh tiga (3) hari selepas di terima.
- Menyedia dan menyelaras kemudahan komputer termasuk prasarananya supaya berada dalam keadaan baik serta memenuhi kehendak pelanggan.
- Memberi perkhidmatan dan nasihat teknikal kepada pelanggan apabila diperlukan.
- Mengurus dan menyediakan peralatan komputer untuk keperluan pelanggan mengikut persetujuan dari masa ke semasa.
- Memastikan supaya setiap aduan dan masalah dapat diambil tindakan sewajarnya selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas aduan diterima.
- Memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik setiap masa.
HUBUNGI KAMI
Bahagian Teknologi Maklumat
Majlis Daerah Pekan, Jalan Mahkota 26600 Pekan, Pahang
09-4211 230