Fungsi
Bahagian Pentadbiran
- Menyelaras dan mengawal hal ehwal pentadbiran Majlis, pentadbiran am, pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman majlis.
- Memberikan khidmat nasihat, kaunseling dan khidmat teknikal pengurusan kepada kakitangan di semua jabatan dan bahagian Majlis.
- Menyelaras hal ehwal dan aktiviti rasmi Majlis.
Bahagian Sumber Manusia
- Bertanggungjawab terhadap pembangunan pengurusan sumber manusia MDP dalam hal-hal keperluan perjawatan dan perkhidmatan untuk kakitangan.
- Memastikan setiap kakitangan diberi kursus dan latihan untuk memajukan diri dan mempertingkatkan produktiviti dari penghasilan tugas dengan cekap, bersih, amanah dan berkualiti.
- Memberikan ilmu dan kemahiran kepada kakitangan dalam menangani semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan organisasi Majlis meliputi kajian perjawatan sedia ada dan keperluan pengwujudan jawatan baru, pentuan skim perkhidmatan serta penempatan dan pertukaran kakitangan.
- Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan urusan perkhidmatan seperti pencen, gaji dan elaun, cuti, pinjaman, tuntutan elaun pemangkuan, tanggung kerja, tatatertib dan sebagainya.