MENU

PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI SEMPENA PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR PERINGKAT DAERAH PEKAN

 

24 JUN 2023 - Telah diadakan Program Komuniti Sejahtera Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan.

Upacara program dimulakan dengan perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, YH Dato' Haji Zainal Abidin bin Md.Amin. Turut dihadiri pada upacara perasmian tersebut Ahli Majlis Daerah Pekan, Ketua-Ketua dan wakil Jabatan pejabat kerajaan, serta tetamu-tetamu dari pelbagai agensi yang telah dijemput bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Pelbagai agensi dan sekolah yang turut serta dalam program yang telah diadakan ini, selain itu juga telah disampaikan taklimat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dan Polis Diraja Malaysia.

Orang awam yang hadir pada program ini turut mendapatkan pelbagai maklumat melalui gerai-gerai yang telah disediakan yang disertai oleh pelbagai agensi dari kerajaan & swasta.

Selain itu juga, bagi menambahkan kemeriahan pada program ini telah diadakan 50 cabutan bertuah, dan hadiah cabutan utama adalah skuter elektrik.

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI SEMPENA PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR PERINGKAT DAERAH PEKAN