Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Oren  
Bahasa Melayu | Inggeris | China | Hindi Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » Info Pekan » Laman Diraja » K.D.Y.T.M Tengku Mahkota
 
CARIAN
 
 
 

K.D.Y.T.M Tengku Mahkota

K.D.Y.T.M TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU ABDULLAH Al-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ. PAT

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah DK., SSAP., SIMP., DK(Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ. telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Bandar Diraja Pekan, Negeri Pahang Darul Makmur. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang adalah paduka anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhumah Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajjah Afzan Rahimahallah binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan (1970-1971), dan di Sekolah Menengah St. Thomas Kuantan (1972-1974). Setelah berusia 16 tahun dan selepas bergelar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di Aldenham School, Hertsfordshire (1975-1978) dan kemudian di Devies̢۪ College, London (1978-1979).

Pada 1 Julai 1975, ketika baginda berusia 16 tahun, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah telah dilantik sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan, Negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai pewaris takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, yang baru menjangkau usia 20 tahun, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang selama lima (5) tahun iaitu sejak Seri Paduka ayahanda baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 April 1979.

Pada ketika ini jugalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, England (1979-1980). Di sinilah baginda berpeluang bergaul mesra dan berkenalan dengan bakal pemimpin dari seluruh dunia. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang telah ditauliahkan oleh Ratu British, Queen Elizabeth II sebagai Leftenan Muda pada tahun 1980. Baginda kemudiannya turut dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Kor Kavalry Angkatan Tentera Darat Malaysia dengan menyandang pangkat Kapten.

Sumber dari: www.ump.edu.my

 
Laman Web Diraja Pahang   Laman Web Komuniti Pekan   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Laman Web MDEC   Koridor Raya Multimedia   Laman Web KPKT   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang  
  Laman Web 1Malaysia   Laman Web MyID   Laman Portal ECER   Laman Web Pusat Jalur Lebar Komuniti   Laman Portal Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia   Laman Web TalentCorp
 
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pekan.
Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-421 1077 Faks: 09-422 1954
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdpekan.gov.my
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran Rss