Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Oren  
Bahasa Melayu | Inggeris | China | Hindi Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » Info Pekan » Laman Diraja » D.Y.M.M Sultanah Pahang
 
CARIAN
 
 
 

D.Y.M.M Sultanah Pahang

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom dilahirkan pada 12 September 1951. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 14 Mac 1991 dan telah dikurniakan seorang putera pada 10 Februari 1994, iaitu Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mu'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.

Pada peringkat awal Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang telah mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan dan seterusnya telah melanjutkan pendidikannya di United Kingdom mulai September 2005. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang juga telah mendapat pendidikan agama secukupnya di Pekan.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom juga amat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan-badan amal. Baginda adalah Presiden kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Pahang (LKPIM), Penaung kepada badan-badan seperti PERKIM, Yayasan Seri Kencana Kalsom, KIWANIS, Soroptimist International Club of Kuantan dan Cancerlink Society of Malaysia. Pada waktu lapang, Baginda gemar membaca dan memasak.

Sumber dari: www.penerangan.gov.my

 
Laman Web Diraja Pahang   Laman Web Komuniti Pekan   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Laman Web MDEC   Koridor Raya Multimedia   Laman Web KPKT   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang  
  Laman Web 1Malaysia   Laman Web MyID   Laman Portal ECER   Laman Web Pusat Jalur Lebar Komuniti   Laman Portal Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia   Laman Web TalentCorp
 
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pekan.
Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-421 1077 Faks: 09-422 1954
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdpekan.gov.my
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran Rss