Menurut Bahagian Subseksyen III, Seksyen 13 (1) dan (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), dengan ini diberitahu bahawa salinan Draf Rancangan Tempatan (Pengubahan) tersebut di atas boleh didapati untuk diperiksa bermula daripada 11 Julai 2011 hingga 11 Ogos 2011 pada waktu pejabat di tempat-tempat berikut:
- Pejabat Majlis Daerah Pekan
- Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, Tingkat 4, Bangunan KOMTUR, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang
Bantahan atau rayuan berkenaan dengan Draf Rancangan Tempatan (Pengubahan) tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat ataupun memorandum kepada Majlis Daerah Pekan sebelum atau pada 18 Ogos 2011. Borang bantahan awam, surat ataupun memorandum itu hendaklah dialamatkan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PEKAN
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
MUKA DEPAN
RTD PEKAN 01
JADUAL KELAS KEGUNAAN TANAH BP1 PEKAN
PINDAAN 1 BLOK
BLOK PERANCANGAN KECIL PEKAN
BORANG DRAF PERANCANGAN TEMPATAN (PENGUBAHAN)