Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Oren  
Bahasa Melayu | Inggeris | China | Hindi Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
prt

Resipi Dari Istana

Puding Raja

 

Puding Raja
 

Bahan-bahan

  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat
 

Cara memasak

  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

 

Kuah Puding

  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
 
prt
Laman Web Diraja Pahang   Laman Web Komuniti Pekan   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Laman Web MDEC   Koridor Raya Multimedia   Laman Web KPKT   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   Laman Web 1Malaysia   Laman Web MyID   Laman Portal ECER   Laman Web Pusat Jalur Lebar Komuniti   Laman Portal Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia   Laman Web TalentCorp
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pekan.
Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-421 1077 Faks: 09-422 1954
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdpekan.gov.my
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran Rss