Tempat-tempat Menarik
Pusat Tenun
Terletak di Kampung Keladi, Pekan, Pahang. Kedudukannya 3 km dari bandar Pekan. Bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan yang kedua, dibina pada tahun 1986. Di sini ada menjual kain sutera dengan harga antara RM70 hingga RM200 bergantung pada jenis kain yang dibeli. Di samping itu, pusat ini juga menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Pusat tenun Sutera yang dibimbing oleh Hajah Meriam Binti Abdul Rahman ini juga melatih masyarakat luar di tempat-tempat lain apabila diperlukan.