CARIAN
MENU HALAMAN
|
| |
| |
|
|
|
|
|
Penerbit Asset
Isi Kandungan

|
Beg Boleh Digunakan Semula
Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik. |
 |
Kotak Boleh Dilipat
Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan
|
 |
Kotak Kadbod
Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang. |
 |
Beg Membeli Belah Beroda
Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya. |
 |
Bakul
Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat. |
 |
Beg Galas
Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai. |
 |
Beg Organik
Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable. |
 |
Beg Dikitar Semula
Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. |
|
|
|
|
|
|