Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Oren  
Bahasa Melayu | Inggeris | China | Hindi Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » MDPekan » Profil » Perutusan YDP
 
CARIAN
 
 
 

Perutusan YDP

 

YH. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali. DIMP., SAP., AAP., AMP.     

 Yang DiPertua Majlis Daerah Pekan

 

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung Portal Majlis Daerah Pekan.

Saya mengucapkan selamat datang ke Portal Majlis Daerah Pekan (MDP). Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung sebagai satu saluran untuk berurusan dengan MDP.

MDP melangkah setapak lagi khususnya dalam bidang IT dengan mewujudkan laman portal yang anda layari ini. Melalui laman portal ini anda bakal memperolehi pelbagai maklumat yang berguna mengenai MDP hanya dihujung jari anda. Para pengunjung juga boleh berkomunikasi dengan MDP melalui laman ini dengan menggunakan menu dan alamat e-mel yang disediakan.

MDP sentiasa berusaha untuk memberi maklumat dan menyediakan perkhidmatan yang berguna, cepat serta berkualiti bagi memenuhi keperluan warga Pekan selaras dan seiring sebagai Bandar Diraja. Segala perkhidmatan yang disediakan MDP boleh dicapai terus pada bila-bila masa bagi sesiapa yang mempunyai kemudahan internet. Perkhidmatan secara interaktif ini juga akan dimajukan dan ditambah dari masa ke semasa.

Kesemua usaha MDP adalah sebagai satu matlamat, iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan terutamanya pembayar cukai. Ini adalah satu misi penting MDP yang ditekankan kepada semua kakitangan yang mana pelanggan merupakan halatuju dan tonggak utama MDP.

Akhir kata, bagi memastikan agar MDP akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung-pengunjung yang melayari laman portal MDP dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina. Ini amatlah dialu-alukan demi untuk kebaikan kita semua.

Sekian, terima kasih.

 
Laman Web Diraja Pahang   Laman Web Komuniti Pekan   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Laman Web MDEC   Koridor Raya Multimedia   Laman Web KPKT   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang  
  Laman Web 1Malaysia   Laman Web MyID   Laman Portal ECER   Laman Web Pusat Jalur Lebar Komuniti   Laman Portal Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia   Laman Web TalentCorp
 
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pekan.
Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-421 1077 Faks: 09-422 1954
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdpekan.gov.my
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran Rss