Bahagian Pusat Setempat (OSC) Bahagian Pusat Setempat (OSC)

Fungsi OSC

 
Pusat Setempat boleh menerima permohonan seperti berikut:-
  • Permohonan serentak tukar syarat dan pecah sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;
  • Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;
  • Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang;
  • Permohonan tukar syarat, kebenaran merancang serta pelan bangunan;
  • Permohonan kebenaran merancang;
  • Permohonan pelan bangunan;
  • Permohonan pelan kerja tanah;
  • Permohonan pelan jalan dan parit;
  • Permohonan dan pengeluaran CFO;
  • Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC;
  • Pengeluaran laporan ketidakpatuhan sistem CCC; dan
  • Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan tambahan kecil.

Di bawah inisiatif yang telah dilancarkan ini, sebarang permohonan digalakkan untuk mengemukakan permohonan secara serentak iaitu permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain kepada Urus Setia Pusat Setempat MDP. Namun demikian, pemohon masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan secara berturutan atau berasingan kepada Urus Setia Pusat Setempat MDP. Dari segi norma masa memproses adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dikemukakan dan tidak tertakluk kepada jangkamasa 4 bulan atau 6 bulan seperti yang telah diputuskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007

Halaman: 1  2  3  4  

Bookmark and Share
Tarikh Kemaskini : 16 Disember 2013