Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan-bahan ‘A’ bersama rempah campak sehingga kekuningan dan naik baunya. Kemudian masukkan bahan-bahan ‘B’ dan tumis sampai garing dan pecah minyak serta wangi.
Campurkan rempah opor dan goreng sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan burung puyuh. Masak di atas api kecil sebentar dan gaul dengan rata, barulah masukkan santan dan kerisik. Setelah pecah minyak dan pekat sedikit masukkan bawang besar dan lada hijau.