Suatu program yang menekankan penglibatan tiga (3) pihak, iaitu pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Merupakan pelan tindakan global atau rangka tindakan (blue print) bagi Pembangunan mampan.
Pembangunan mampan - Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang. Ia termasuk kawalan penduduk, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Wawasan Masyarakat Pekan - Membudayakan masyarakat yang berdaya saing untuk kemajuan dan pembangunan Daerah Pekan melalui penerapan nilai-nilai murni saerta ilmu pengetahuan disamping mengekalkan kelestarian Pekan Bandar DiRaja.
- Berasal dari persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro 1992 (persidangan alam sekitar dan pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
- Ditandatangani oleh lebih 178 kerajaan termasuk Malaysia
- Satu daripada lima (5) dokumen penting yang terhasil dari Persidangan Earth Summit
