APAKAH PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah dan berkesan, yang dapat membantu organisasi menjelaskan serta mengawal tahap kemajuan sesuatu proses pembangunan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan visi dan misi sebuah organisasi.
TUJUAN PENGUKURAN
Pengukuran ke atas kecekapan sistem dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan di agensi kerajaan untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAAN KPI
- Mengadakan Taklimat
- Menjalankan Bengkel
- Menyediakan Manual
- Membuat Pelancaran
- Membuat Kutipan Data
- Membuat Analisa
- Membuat Laporan Prestasi
- Membuat Penambahbaikan
- Kajian Maklumbalas Pelanggan
KENAPA KPI PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERTERUSAN
- Merupakan pendekatan yang sesuai di dalam memastikan perancangan organisasi dilaksanakan sebaik mungkin
- Merupakan kaedah pelaporan yang berkesan bagi menilai pencapaian aktiviti yang dilaksankan oleh organisasi
- Membantu organisasi mengukur jurang yang wujud di antara keupayaan anggota kerja menghasilkan output berbanding output sebenar
- Menjadi panduan kepada pihak pengurusan di dalam merancang keperluan dan penggunaan sumber manusia
- Menggalakkan organisasi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan terhadap perkhidmatan yang disampaikan
- Meningkatkan kecekapan dan integriti organisasi
PROSES UTAMA DAN PERKHIDMATAN DALAM PETUNJUK PRESTASI UTAMA
PROSES UTAMA | BIL PERKHIDMATAN |
I. Pembangunan
1. Kawalan Bangunan
2. Pembangunan 3. OSC
4. Perancangan
5. Landskap
|
2 3 1
3
1 |
| 10 |
II. Perkhidmatan
6. Perkhidmatan Bandar
7. Pelesenan dan penguatkuasaan 8. Pentadbiran
9. Teknologi Maklumat
10. Kewangan
11. Penilaian dan Harta
|
1
5
2 2
1
3
|
| 14 |
JUMLAH | 24 |