Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Oren  
Bahasa Melayu | Inggeris | China | Hindi Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » Soalan Lazim
 
CARIAN
MENU HALAMAN

 

 
 
 
 
Intelligent FAQ
Umum
Umum
Q : Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
A : Pihak Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
Q : Apakah warna tong kitar semula?
A : Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
  • Warna Biru - Untuk kertas
  • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Warna Coklat - Untuk kaca.
Q : Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
A : Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.
Q : Apakah kategori kategori yang terdapat di Pihak Berkuasa Tempatan?
A :

Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  1. Majlis/Dewan Bandar Raya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Majlis Daerah
  • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
Q : Apakah itu cukai taksiran am?
A :

Cukai taksiran am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

  • Rumah kediaman - harta perusahaan (kedai, kilang, hotel dsb)
  • Tanah kosong yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pekan


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
 
Laman Web Diraja Pahang   Laman Web Komuniti Pekan   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Laman Web MDEC   Koridor Raya Multimedia   Laman Web KPKT   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang  
  Laman Web 1Malaysia   Laman Web MyID   Laman Portal ECER   Laman Web Pusat Jalur Lebar Komuniti   Laman Portal Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia   Laman Web TalentCorp
 
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pekan.
Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar DiRaja, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-421 1077 Faks: 09-422 1954
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke aduan@mdpekan.gov.my
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran Rss