MENU

Soalan : Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
Jawapan  : Pihak Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Soalan : Apakah warna tong kitar semula?
Jawapan  : Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru - Untuk kertas
  • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Warna Coklat - Untuk kaca.

Soalan : Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
Jawapan  : Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

Soalan : Apakah kategori kategori yang terdapat di Pihak Berkuasa Tempatan?
Jawapan  : Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  1. Majlis/Dewan Bandar Raya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Majlis Daerah
  • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

Soalan : Apakah itu cukai taksiran am?
Jawapan  : Cukai taksiran am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

  • Rumah kediaman - harta perusahaan (kedai, kilang, hotel dsb)
  • Tanah kosong yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pekan

Soalan : Bilakah masa untuk membayar cukai taksiran?
Jawapan  : Cukai taksiran am dibayar 2 kali setahun iaitu setengah tahun pertama. 1hb Januari hingga 28hb Februari. Setengah tahun kedua. 1hb Jun hingga 31hb Ogos.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 21 March 2017 - 5:31pm