MENU

PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM

  • Perkhidmatan pembersihan bandar meliputi kerja-kerja pungutan dan pelupusan sampah, pembersihan jalan dan longkang, pemotongan rumput dan sebagainya. Perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah merupakan salah satu fungsi terpenting MDP.

  • Akibat daripada kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk, perkhidmatan pungutan sampah tidak lagi dibuat sepenuhnya oleh MDP dan mulai 1 November 1998 telah diswastakan kepada Alam Flora Sdn Bhd.

PENGASINGAN SISA PEJAL DI PUNCA

  • Bermula 1 September 2015, semua isi rumah dikehendaki mengasingkan sisa pepejal di punca. Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca berdasarkan peraturan di bawah akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (akta 672) dan berkuatkuasa sepenuhnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

    Tujuan utama pelaksanaan pengasingan sisa pepejal dipunca adalah :-

    1.  Untuk mengelakkan pembuangan bahan kitar semula

    2.  Untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan

    3.  Untuk mengelakkan pembaziran wang negara untuk pengurusan sisa pepejal.

     Asingkan sisa pepejal anda dengan 3 langkah mudah iaitu asingkan mengikut jenis iaitu sisa baki, sisa makanan, kertas, plastik dan lain-lain bahan kitar semula.  Simpan sementara dalam bekas yang sesuai dan letakkan ditepi tong sampah pada hari kutipan.

    Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat SWCorp Negeri Pahang di talian 095663151 dan layari laman sesawang http:// www.swcorp.my atau http://jpspn.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut.

     

     

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Ogos 2017 - 2:29pm