MENU

LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Suatu program yang menekankan penglibatan tiga (3) pihak, iaitu pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Merupakan pelan tindakan global atau rangka tindakan (blue print) bagi Pembangunan mampan.

Pembangunan mampan - Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang. Ia termasuk kawalan penduduk, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Wawasan Masyarakat Pekan - Membudayakan masyarakat yang berdaya saing untuk kemajuan dan pembangunan Daerah Pekan melalui penerapan nilai-nilai murni saerta ilmu pengetahuan disamping mengekalkan kelestarian Pekan Bandar DiRaja.

  • Berasal dari persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro 1992 (persidangan alam sekitar dan pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
  • Ditandatangani oleh lebih 178 kerajaan termasuk Malaysia
  • Satu daripada lima (5) dokumen penting yang terhasil dari Persidangan Earth Summit

Program LA21

1.  Kepada Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi Kerajaan

  • Meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta dalam program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan.

  • Imej sebagai badan kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik ataupun ‘good governance’ yang bercirikan penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan bertanggung jawaban dapat ditingkatkan.

2.    Kepada masyarakat/ individu

  • Pendapat dan sumbangan anda diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup.

  • Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta, bangga terhadap alam sekitar dan ‘sense of belonging’.

  • Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih bersih, selesa, nyaman dan selamat

3. Kepada sektor swasta/ syarikat

  • Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bagi sama-sama menjayakan program yang telah dirancang.

  • Imej syarikat sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar dan keperluan masyarakat dapat ditingkatkan.

  • Juga memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam program LA 21.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017 - 12:16pm