MENU

Bas

Terdapat 2 jenis perkhidmatan bas yang beroperasi di sekitar Pekan iaitu Bas ekspres dan bas berhenti-henti (stage bus). Terdapat 5 jenis konsortium Pemilik bas yang beroperasi di Pekan iaitu Syarikat Utama Ekspress, Cepat Express, Rapid Kuantan, Rahmat Alam Sdn Bhd dan MARA. Kebanyakan laluan bas biasa ini bermula pada pukul 6.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 malam.

Terminal Bas Pekan

Terminal Bas Pekan, Jalan Engku Muda Mansor

 

Kereta Sewa / Teksi

Bagi menarik lebih ramai pelawat ke Pekan, teksi di Pekan memberi peranan dalam pelancongan. Selain memberi kemudahan kepada pelancong asing mahupun dari dalam negara dan luar negara, ia turut menjadi perkhidmatan pengangkutan awam penduduk-penduduk di sekitar kawasan yang agak terpencil dan jauh di pedalaman.

Secara keseluruhannya perkhidmatan teksi ini boleh dikategorikan kepada 2 iaitu perkhidmatan teksi tempatan dan perkhidmatan teksi luar kawasan Pekan. Bagi perjalanan tempatan boleh terus ke Stesen Teksi Pekan.

Terminal Teksi Pekan

Terminal Teksi Pekan, Jalan Engku Muda Mansor

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Ogos 2017 - 2:29pm