MENU

Sukacita dimaklumkan, YAB. Menteri Besar Pahang pada 22 Jun 2020 telah mengeluarkan kenyataan bahawa ;

 

“        Kerajaan Negeri bersetuju bahawa mana-mana syarat yang tidak dinyatakan secara khusus dalam SOP negeri adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan serta akan dikemaskini dari masa ke semasa ”.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk membenarkan premis berikut beroperasi selaras dengan pengumuman dan SOP pembukaan premis yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan sepertimana hebahan di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara:

i.        SPA

ii.        Pusat Urut Kaki ( PUK )

iii.       Wellness

iv.       Refleksologi

v.       Snuker

vi.       Clawing Machine

vii.      Kiddie Ride

 

Bersama-sama ini disertakan SOP pembukaan premis tersebut sebagai rujukan semua. Terima kasih.

 

Yang DiPertua

Majlis Daerah Pekan

Tarikh : 15 Julai, 2020

 

sop-spa-mice-travel-fairs_-1.7.2020.pdf

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 September 2020 - 4:25pm