MENU

Logo MD Pekan

Keterangan Logo

  1. Lambang gading melambangkan Pekan adalah bandar Diraja yang penuh dengan sejarah kesultanan serta melambangkan kekuatan dan kedaulatan.
  2. Bentuk seperti kubah warna hijau melambangkan kebesaran Islam
  3. Bentuk seperti kilang warna biru menunjukkan kemajuan di bidang perindustrian yang sedang membangun di daerah Pekan.
  4. Bentuk seperti rumah warna biru menunjukkan projek-projek perumahan yang membangun di daerah pekan.
  5. Lambang daun atau padi menunjukkan hasil pertanian seperti padi atau sayuran yang diusahakan oleh penduduk daerah Pekan.
  6. Lambang jambatan atau jalanraya, warna biru/kuning menunjukkan kemudahan asas yang disediakan oleh majlis-majlis daerah seperti jalanraya dan jambatan-jambatan ke kampung.
  7. Jalur-jalur hijau menunjukkan hutan, hasil perkayuan yang terdapat di daerah Pekan.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 Oktober 2017 - 2:27pm