MENU

Majlis Daerah Pekan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) dan melaluinya MDP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MDP ialah :-

  1. Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
  2. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk pelan struktur.
  3. Menyelaras dan membantu membangunkan Pekan atau bandar-bandar baru.
  4. Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
  5. Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap yang menarik.
  6. Membina dan menyelenggara jalan, sistem saliran dan menguruskan sistem lalulintas.
  7. Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas dan lain-lain lagi seperti kemudahan rekreasi, lipur diri dan istirehat.
  8. Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar.
  9. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit.
  10. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung yang menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 Oktober 2017 - 6:22pm