MENU

Encik Rose Samsul bin Abdul Razak, AAP,. AMP.

Yang DiPertua Majlis Daerah Pekan 

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung Portal Majlis Daerah Pekan.

Saya mengucapkan selamat datang ke Portal Majlis Daerah Pekan (MDP). Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung sebagai satu saluran untuk berurusan dengan MDP.

MDP melangkah setapak lagi khususnya dalam bidang IT dengan mewujudkan laman portal yang anda layari ini. Melalui laman portal ini anda bakal memperolehi pelbagai maklumat yang berguna mengenai MDP hanya di hujung jari anda. Para pengunjung juga boleh berkomunikasi dengan MDP melalui laman ini dengan menggunakan menu dan alamat yang disediakan.

MDP sentiasa berusaha untuk memberi maklumat dan menyediakan perkhidmatan yang berguna, cepat serta berkualiti bagi memenuhi keperluan warga Pekan selaras dan seiring sebagai Bandar Diraja. Segala perkhidmatan yang disediakan MDP boleh dicapai terus pada bila-bila masa bagi sesiapa yang mempunyai kemudahan internet. Perkhidmatan secara interaktif ini juga akan dimajukan dan ditambah dari masa ke semasa.

Kesemua usaha MDP adalah sebagai satu matlamat, iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan terutamanya pembayai cukai. Ini adalah satu misi penting MDP yang ditekankan kepada semua kakitangan yang mana pelanggan merupakan halatuju dan tonggak utama MDP.

Akhir kata, bagi memastikan agar MDP akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung-pengunjung yang melayari laman portal MDP dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina. Ini amatlah dialu-alukan demi untuk kebaikan kita semua.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 28 April 2017 - 5:16pm