MENU

PENGENALAN

Bahagian Teknologi maklumat berperanan untuk menyokong semua bahagian dalam aspek pengkomputeran untuk membolehkan bahagian / unit tersebut memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.

 

DASAR

  1. Melaksanakan dasar pembangunan sistem aplikasi bagi menggantikan sistem kerja secara manual.
  2. Memastikan sistem aplikasi berjalan dengan baik mengikut keperluan semasa dan kehendak pengguna.
  3. Memastikan kesemua perkakasan dan perisian komputer berada di dalam keadaan baik dengan melaksanakan penyelenggaraan berkala.
  4. Menyediakan latihan kemahiran dan kefahaman penggunaan komputer kepada semua peringkat kakitangan.

MATLAMAT

  1. Mengkomputerasi, menyelenggara, memproses dan menyimpan semua rekod-rekod Majlis Daerah Pekan.
  2. Mengeluarkan bil-bil cukai, sewa dan lesen dan lain-lain tuntutan berkomputer.
  3. Mengadakan kursus kefahaman dan penggunaan komputer kepada kakitangan Majlis Daerah Pekan.

FUNGSI UNIT

  1. Pengurusan perkakasan, perisian dan kelengkapan komputer.
  2. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
  3. Pengurusan sistem rangkaian komputer.
  4. Membantu dalam menguruskan makmal komputer.
  5. Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna berkaitan dengan ICT.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyedia dan menyelenggara sistem aplikasi komputer yang dipersetujui bersama dalam tempoh yang ditentukan mengikut kaedah dan piawaian yang bersesuaian dalam tempoh yang tertentu.
  2. Memberi maklumbalas ke atas semua permintaan bagi pembangunan sistem dalam tempoh tujuh (7) hari selepas di terima.
  3. Menyedia dan menyelaras kemudahan komputer termasuk prasarananya supaya berada dalam keadaan baik serta memenuhi kehendak pelanggan.
  4. Memberi perkhidmatan dan nasihat teknikal kepada pelanggan apabila diperlukan.
  5. Mengurus dan menyediakan peralatan komputer untuk keperluan pelanggan mengikut persetujuan dari masa ke semasa.
  6. Memastikan supaya setiap aduan dan masalah dapat diambil tindakan sewajarnya selewat-lewatnya tujun (7) hari selepas aduan diterima.
  7. Memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik setiap masa.

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Teknologi Maklumat
Majlis Daerah Pekan, Jalan Mahkota 26600 Pekan, Pahang
09-4211 230 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017 - 12:16pm