MENU

PENGENALAN JABATAN PERBENDAHARAAN

Jabatan Perbendaharaan adalah salah satu Jabatan yang telah diwujudkan di Majlis Daerah Pekan dan  bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan Majlis. Ianya meliputi segala kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan.

VISI

Menguruskan sumber kewangan Majlis Daerah Pekan dengan cekap dan berkesan

MISI

Memastikan Jabatan ini diuruskan degan cekap, efektif, efisyen dan sistematik mengikut tatacara dan prosedur kewangan seperti yang diperuntukkan di dalam Arahan Perbendaharaan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan piawaian prinsip-prinsip perakaunan yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan pembayaran dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja
  2. Memastikan gaji akan dibayar selewat-lewatnya 25hb setiap bulan kecuali pada hari-hari perayaan tertentu
  3. Semua urusan di kaunter adalah tidak melebihi 15 minit
  4. Segala wang yang diterima dari hasil dan amanah dimasukkan ke dalam kumpulan wang majlis
  5. Pembayaran elaun lebih masa dan elaun perjalanan akan dikeluarkan antara 15hb-20hb setiap bulan
  6. Setiap terimaan akan dibankkan pada setiap hari urusniaga
  7. Merekod resit-resit ke dalam buku tunai pada setiap hari bekerja
  8. Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, amanah, tepat dan mesra kepada warga kerja Majlis Daerah Pekan dan pelanggan

OBJEKTIF JABATAN PERBENDAHARAAN

  1. Menjalankan segala aktiviti Majlis dengan cekap, jujur dan amanah bagi memastikan kepentingan Majlis dipelihara setiap masa.
  2. Menilai punca-punca kewangan yang sedia ada dan mengambil tindakan-tindakan untuk menambah hasil dan punca-punca hasil Majlis.
  3. Memperuntukkan punca-punca kewangan menurut keutamaan program dan projek untuk dimasukkan ke dalam anggaran.
  4. Penyediaan bajet Majlis mengikukt format dan masa yang ditetapkan.
  5. Mengutip hasil majlis mengikut undang-undang yang ditetapkan.
  6. Meluluskan sistem kewangan dan perakaunan yang disediakan mengikut undang-undang kecil
  7. Menimbangkan mana-mana laporan atau pemerhatian yang dibangkitkan oleh juruaudit dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  8. Mematuhi semua prosedur kewangan.
  9. Memastikan bahawa segala kos luar peraturan kewangan dan perakaunan atau sebarang pelanggaran tugas disiasat dan tindakan yang sesuai diambil ke atasnya.
  10. Mewujudkan program-program untuk menetukan peruntukan-peruntukan kewangan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Perintah Am dipatuhi.
  11. Penyediaan laporan kewangan seperti yang digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Perintah Tetap dipatuhi
  12. Penyediaan laporan kewangan seperti yang digariskan oleh Akta, Arahan-arahan dan piawaian-piawaian yang ditetapkan
  13. Kawalan-kawalan akaun amanah yang diluluskan oleh Majlis
Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 Oktober 2017 - 6:22pm