MENU

JABATAN PENILAIAN DAN HARTA

MATLAMAT

 "Menjadi penggerak utama ke arah mempertingkatkan hasil Majlis melalui pengenaan Cukai Taksiran Harta, Sumbangan Membantu Kadar dan Pengurusan Tanah Majlis".

LATARBELAKANG 

Jabatan  Penilaian dan Pengurusan Harta adalah merupakan salah satu Jabatan yang utama di dalam organisasi Majlis Majlis Daerah Pekan (MDP). Jabatan ini ditubuhkan bagi menjadi penjana kepada punca hasil utama Majlis iaitu melalui Cukai Taksiran Am, Sumbangan Membantu Kadar dan Pengurusan Tanah Majlis. Tugas utama bagi Bahagian ini adalah untuk menilaikan kesemua hartanah yang terletak di dalam kawasan kadaran MDP untuk dikenakan Cukai Taksiran Am dan Sumbangan Membantu Kadar yang merupakan punca hasil utama Majlis.

Bermula tahun 1992, Jabatan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan bil-bil Cukai Taksiran Am dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik yang gagal menjelaskan Cukai Taksiran Am. Tugas Jabatan ini juga semakin berkembang dengan penguatkuasaan Akta

Pengurusan Srata 2013 (Akta 757) pada bulan April 2007, dimana Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) diletakkan terus di bawah YDP tetapi ditempatkan di Jabatan ini. Dengan pertambahan kakitangan, Jabatan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian Pengurusan Cukai Taksiran, bahagian Pengurusan Harta dan COB.

    PIAGAM PELANGGAN

    • Pertanyaan mengenai Cukai Taksiran Am akan dijawab serta-merta.
    • Mempastikan bil cukai taksiran am (biru) dikeluarkan bagi tempoh Jan-Jun dan Julai – Dis pada setiap tahun.
    • Bantahan Cukai Taksiran Am akan diputuskan satu bulan selepas bantahan dibuat.
    • Kami Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda mengemukakan aduan berkenaan perkhidmatan kami.
    • Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang profesional meluputi aspek-aspek seperti berikut.
    Kemaskini Terakhir: Selasa, 21 March 2017 - 5:31pm