MENU

PENGENALAN

Majlis Daerah Pekan ( MDP ) ditubuhkan pada 1hb  Julai, 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 503 bertarikh 23hb Jun, 1988. Keluasan kawasan MDP ialah Kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2351.8km persegi.

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Daerah Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan andar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang  efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan.  Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai.

Majlis Daerah Pekan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) dan melaluinya MDP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan.  Antara fungsi MDP ialah :-

i)Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.

ii)Merancang dan mengawal pembangunan termasuk pelan struktur.

iii)Menyelaras dan membantu membangunkan Pekan atau Bandar-bandar baru.

iv) Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.

v)Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap yang menarik.

vi)Membina dan menyelenggara jalan, sistem saliran dan menguruskan sistem lalulintass.

vii)Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas dan lain-lain lagi seperti kemudahan rekreasi, lipur diri dan istirehat.

viii)Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan Bandar.

ix)Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit.

x)Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaik taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 21 March 2017 - 5:31pm