MENU

Piagam Pelanggan Bahagian Kesihatan Awam

Meningkatkan Kualiti Perbandaran melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan dan menyeluruh.

Membuat serahan kawasan baru kepada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) bagi kutipan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang dengan kadar segera.

Mengambil tindakan ke atas semua aduan dengan kadar segera dan memberi maklumbalas dalam tempoh 72 jam.

Membuat aktiviti kawalan vektor demi menjamin keselamatan dan kesihatan orang awam.

Objektif Bahagian Kesihatan Awam

Mempertingkatkan sistem perkhidmatan perbandaran yang berkualiti melalui pemantapan aktiviti perkhidmatan bandar dan pemantauan kebersihan secara menyeluruh untuk keselesaan orang awam dalam kawasan Majlis Daerah Pekan berpandukan peraturan dan Undang-Undang Kecil yang sedia ada.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 21 March 2017 - 5:31pm